Thursday, June 15, 2006

A Fundamental FEAR-S Sayyid


Tajuk : A Fundamental Fear ( Eurocentrism and the Emergence if Islamism)
Penulis : S Sayyid
Terbitan : Zed Books
Edisi Kedua 2003

Fakurdabakia-Mana Sikana



Tajuk : Fakurdabakia

Penulis : Mana Sikana

Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka 2005

Wednesday, June 14, 2006

The Failure of Political islam


Tajuk : The Failure of Political Islam
Penulis : Oliver Roy
Terbitan : I.B Tauris 1999

Mereka Berani Bersuara


Tajuk : Mereka Berani Bersuara
Penulis : Paul Findley
Tahun cetakan terjemahan : 1993
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka

Thursday, May 25, 2006

Di Dalam Lembah Kehidupan-Hamka


Tajuk : Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis : Prof. Dr. Hamka
Terbitan : Pustaka Dini Sdn.Bhd.
Cetakan Pertama (Edisi Baru) : 2006

Menikmati Takdir Langit-Said Nursi


Tajuk : Menikmati Takdir Dari Langit
Penulis : Said Nursi
Terbitan : Murai Kencana 2003

Sekeping Roh Di Atas Bantal-S.M.Zakir



Tajuk : Sekeping Roh Di Atas Bantal

Pemulis : S>M>Zakir

Terbitan : Pustakan Nusa Sdn.Bhd. 2005

Sastera Junjungan-Mana Sikana


Tajuk : Sastera Junjungan
Penulis : Mana Sikana
Terbitan : Pustaka Rakyat 2005

Wednesday, May 24, 2006

Pendoa Yang Ikhlas-Azizi Hj. Abdullah


Tajuk : Pendoa Yang Ikhlas
Penulis : Azizi Hj. Abdullah
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan Pertama : 2005

1515-Faisal Tehrani



Tajuk : 1511
Penulis : Faisal Tehrani
Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Terbitan Pertama : 2003

Tunggu Teduh Dulu-Faisal Tehrani



Tajuk : Tunggu Teduh Dulu

Penulis : Faisal Tehrani

Terbitan : Penerbitan Selain

Cetakan Pertama : 2004

Surat-surat Perempuan Johor-Faisal Tehrani


Tajuk : Surat-surat Perempuan Johor
Penulis : Faisal Tehrani
Terbitan : Yayasan Warisan Johor 2005

Sunday, May 21, 2006

Detektif Indigo_Faisal Tehrani


Tajuk: Detektif Indiga
Penulis: Faisal Tehrani
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Cetakan pertama: 2005
Cetakan Kedua: 2006

Kisah perjalanan minda remaja yang juga sesuai untuk dibaca oleh orang dewasa. Seangkatan dengan Advencer Si Peniup Ney. Sebuah novel remaja dalam bahasa melayu yang paling sempurna pernah saya baca.
s
Apa pun, yang paling menarik ialah tentang nasi lemak yang menjadi kegemaran Chen-Chung dan juga bingka ubi dan kopi panas yang menjadi hidangan di kamar menanti ketika detektif remaja sedang menunggu kedatangan Ketua Polis Negara.
s
Mesej yang saya dapat melalui novel comel ini, Faisal cuba menyatakan tentang peranan yang harus dimainkan oleh semua pihak dalam membetuk remaja yang cemerlang sahsiah dan minda iaitu ibubapa, keluarga, orang dewasa, guru-guru, masyarakat dan pemimpin. Semuanya harus berperanan sebaik mungkin mengikut lunas-lunas agama dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Novel pembentukan akar umbi masyarakat yang cukup bagus.
s
Satu-satunya novel melayu untuk remaja yang berani saya hadiahkan kepada pelajar remaja lelaki yang berjaya mendapat 8A dalam PMR.

Saturday, May 20, 2006

Maafkanlah Aku-Zaharah Muhammad



Tajuk : Maafkanlah Aku...

Penulis : Zaharah Muhammad

Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd

Cetakan pertama : 2004

Cetakan kedua : 2004

"Hanya keampunan dan cinta Allah yang didambakannya kini....."

"Ya Allah...! Aku terhidu bau harum. Itulah harapanku kepadaMu agar Engkau mengutip cintaku yang pernah berselerakan disaluti debu.

Ya Allah...! Daku tetap menantiMu di setiap kali angin menyapa jasadku. Daku tetap mencintaiMu meski telah berulangkali kumungkiri. Daku masih mencintaiMu dan daku mahu terus begitu...

Ya Allah...! Meski fajar terbenam meski rembulan sembunyi di balik awan meski senja tiada lagi warna jingga. Daku masih ingin mencintaiMu meski cinta itu sungguh payah kumiliki. Meski cinta itu sungguh payah untuk kuselitkan ke dalam hati.

Dan, daku pasti dengan rahmat dan kasih sayangMu. Daku tetap akan menanti meski waktu itu separuh nyawaku telah Engkau pisahkan dari jasadku. Dan semoga cinta ini akan menjadi saksi bahawa aku tidak mahu pulang tanpa cintaku kepadaMu, Ya Tuhanku!" (ms 404-405)

Perempuan Politikus Melayu-Faisal Tehrani


Tajuk: Perempuan Politikus Melayu
Penulis: Faisal Tehrani
Terbitan:Zebra Editions Sdn. Bhd
Cetakan Pertama:2003

"Hidup siapa yang tak meniru? Tidak ada manusia yang tulen tanpa ada petunjuk untuk ditiru..."

Novel ini membuatkan saya risau untuk menulis. Ya, ada pendapat mengatakan bahawa, untuk mengenali penulisnya, bacalah karya-karya permulaannya. Itu hanya kebarangkalian. Tidak semestinya benar. Mungkin juga separuh benar. Terjadi. Itulah kebangkalian namanya.
s
Dari konflik panjang dalam novel ini ada dua mesej yang saya dapat iaitu :
Pertama - Pelacur dan ahli politik itu sama (Kebarangkalian!). Maknanya ada yang jatuh pada kebenaran andaian itu. Ada juga yang tidak! Dan novel ini bercerita tentang ahli politik yang jatuh pada kebarangkalian sama dengan pelacur!
s
Kedua - Irfan (watak utama) selalu mengatakan bahawa dia adalah lelaki yang mudah tercedera perasaannya. Lalu saya pun seperti dapat merasakan, apakah Faisal itu juga lelaki yang mudah tercedera perasaannya? Oh, tidak adil untuk saya menyatakan begitu. Kerana hanya empunya diri yang tahu.
s
Pun, itulah yang membuatkan saya lebih takut untuk menulis. Barangkali ada yang mengatakan bahawa saya adalah perempuan yang setia membuta. Oh, tidak adil jika saya dinilai begitu.
s
Apapun, dalam sebuah novel, saya selalu berharap agar dapat membaca buku-buku yang mempunyai mesej yang kuat. Buku bagi saya adalah muatan pemikiran penulisnya. Kerana saya lebih menekankan kepada mesej dan pemikiran dalam sesebuah novel berbanding dengan jalan ceritanya.
s
Dan kerana itu, saya rela bertatih. Kalau kiranya Allah izinkan saya dengan ilham-ilham yang dapat menyampaikan sesuatu untuk sebuah kesedaran atau penghijrahan.
s

Thursday, May 18, 2006

Rahsia Ummi-Faisal Tehrani



Tajuk : Rahsia Ummi

Penulis : Faisal Tehrani

Terbitan : Zebra Editions Sdn. Bhd

Cetakan Pertama 2003

"Ummi, terlalu banyak rahsia. Apakah cinta luar biasa pernah memusnahkan hisupnya?"

Sebuah kisah cinta yang biasa. Cuma yang sedikit luar biasa ialah gaya bahasa Faisal. Itu adalah hal yang tidak dapat disangkal. Kisah perjalan hidup dan cinta watak-watak dalam novel ini adalah biasa. Yang menjadikan ia luar biasa ialah apabila ia ditulis oleh Faisal Tehrani. Saya kira.

Tidak ada mesej yang kuat dalam novel ini. Mungkin novel ini terhasil kala Faisal masih 'berdarah muda' barangkali. Itu biasa. Dan bukan suatu kesalahan bila kita bermula dengan yang biasa-biasa untuk pergi lebih jauh kepada yang luar biasa. Saya percaya bagi seorang penulis, apa yang ditulis pada masa lampau adalah pelajaran untuk mempelajari diri sendiri dan apa yang telah dihasilkan.

Apa pun, masih ada sesuatu yang saya dapat dari novel ini walaupun kadang-kadang saya rasa 'terganggu' dengan beberapa adegan yang saya kira tidak akan diulangi oleh Saudara Faisal dalam karya-karyanya yang akan datang.

Satu kenyataan yang saya sendiri perlu terima. CINTA ITU SAKIT. Sakit dan menyakitkan. Ya, barangkali itulah yang ingin disampaikan oleh Faisal dalam novel Rahsia Ummi.

Maaf Dari Sorga-Faisal Tehrani



Tajuk : Maaf Dari Sorga

Penulis : Faisal Tehrani

Terbitan : Zebra Editions Sdn. Bhd

Cetakan pertama : 2003

Novel yang agak pendek ini walaupun memaparkan gaya bahasa Faisal yang tidak semantap yang dapat dibaca dalam karya-karyanya yang terkini, tetapi isi ceritanya agak menarik. Jalur pemikiran walaupun tidak berapa mampu dijelaskan dalam novel sependek ini, tetapi setiap mesej yang ingin disampaikan oleh Faisal adalah jelas.

Saya tidak ingin menekankan tentang jalan cerita Maaf Dari Sorga ini, sebaliknya ingin mengangkat salah satu mesej yang mungkin terpencil dalam novel ringkas ini.

Mesej yang paling terkesan pada saya dalam Maaf Dari Sorga ini ialah; Hakiki walaupun meninggalkan rumahnya kerana ketidakadilan bapanya sendiri. Menuduh Hakiki tanpa usul periksa adalah contoh yang cukup tidak patut lebih-lebih lagi bapanya itu seorang Tuan Guru yang mengajar di sebuah pondok. Ayah Hakiki melebihkan abangnya yang pandai menyembunyikan kejahatannya. Sedang Hakiki diperkecilkan kerana ketidayakinan ayahnya terhadap Hakiki yang bersekolah di sekolah kerajaan.

Namun Faisal bijak mengimbangi cerita apabila Hakiki menyedari bahawa kejayaan yang telah dia buktikan dan sistem pendidikan yang memisahkan agama dari dunia pendidikan juga telah gagal membentuk dirinya sebagai seorang mukmin. Maknanya, walaupun Hakiki telah berjaya dalam bidang akademik, tetapi kerana sistem pendidikan yang memisahkan akademik daripada agama, maka dia dewasa menjadi lelaki yang tidak taat kepada Allah. Melupakan tanggungjawabnya sebagai khalifah.

Kesimpulannya, mesej yang saya dapat ialah memisahkan dunia dari akhirat dan memisahkan akhirat dari dunia, kedua-duanya adalah jalan penafian. Yang sebenarnya dunia dan akhirat adalah beriringan.

Saya kira, mesej yang ingin disampaikan akan lebih terkesan sekiranya novel ini dipanjangkan. Supaya Faisal dapat mengembangkan watak dan perwatakan juga memperincikan jalan cerita kerana situasi ini banyak berlaku di kelantan. Terus terang, saya sendiri pernah tersepit dalam situasi demikian. Dan Faisal memberikan kesimpulan yang amat bermakna iaitu seorang anak perlu memaafkan ayahnya biar pahit kenangan yang terpaksa dilalui.

Semuanya membuatkan saya tertanya-tanya, kenapa seringkali seorang ayah yang baik gagal untuk menilai anak-anaknya sendiri?

Alangkah baik jika Faisal dapat terus mengisi pertanyaan-pertanyaan begini dalam sebuah novel yang panjang dan khusus.

(Sekiranya novel ini diulang cetak, mungkin lebih baik kulit depannya ditukar kepada ilustrasi yang lebih bertepatan dengan mesej cerita agar ia sampai kepada pembaca yang mencari-cari novel yang baik untuk dibaca)

Saturday, May 13, 2006

Mereka Yang Tertewas- Hasanuddin Md Isa


Tajuk : Mereka Yang Tertewas
Penulis : Hasanuddin Md Isa
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan Pertama : 1889
Cetakan Pertama Edisi Pelajar 1991

"Itulah kehidupan. Itulah juga sunnah alam. Zaman senang dan zaman susah, masa libur dan masa kesedihan. Semuanya adalah ujian dan cubaan kepada keimanan manusia yang mengaku dirinya beriman. Tuhan tetap berkuasa. Dia tetap meletakkan manusia pada tarafnya. Tuhan tetap mengasingkan perjuangan manusia mukmin, fasik, zalim, munafik dan perjuangan manusia kafir dalam menempuh perjalanan hidup mereka."
s
Novel yang pernah menjadi teks sastera sekolah menengah ini adalah pemenang Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka 1988.
s
Jadi, tidak perlulah saya mengulas kerana MYT ini memang bukan novel biasa. Ramai yang kata, kulit depannya langsung tidak memancing selera pembaca. Tidak kurang juga ada yang mengatakan isinya boleh menyebabkan rasa mengantuk secara tiba-tiba. Itu biasa. Komen seperti itu biasa kerana saya menilai sesebuah buku untuk dibaca bukanlah berdasarkan kepada komen orang. Kerana manusia mempunyai citarasa yang berbeza. Itu tidaklah dapat kita nafikan lagi. Dan untuk MYT, tidak sedikit juga yang telah mengangkat karya Hasanuddi ini ke tempat yang sepatutnya. Tidak sedikit yang telah terpikat dengan novel ini. Ramai!
s
Yang ingin saya katakan di sini, yang membuatkan saya tertarik untuk membaca adalah tajuknya. Mereka yang tertewas bagi saya mempunyai maksud yang mendalam. Terus saya tertanya, siapakah yang telah tertewas itu. Untuk mendapatkan jawapannya, maka saya pun membacanya (saya telah khatam buku ini lebih kurang 5 kali pada tahun 1996). Dan sekarang, apabila saya membacanya semua pada tahun 2006, mesej dan kekuatan novel ini masih terasa sama.
s
Seperti yang saya katakan, masyarakat melayu ada kekuatannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi melayu Islam (saya kata begitu kerana ketika ini mungkin ada melayu yang tidak lagi mahu mengaku dirinya Islam. Barangkali!). Tidak perlu kita bercerita jauh ke depan, kerana di sini ada mutiara yang dapat kita kutip. Tetapi, bukan semua penulis mampu menulis begini. Ada. Cuma jarang-jarang. Saya membaca hampir kesemua karya Hasanuddin tetapi MYT tidak dapat dibandingkan dengan yang mana-mana. Saya bukan ingin menilai, tetapi yang ingin saya katakan, bukan selalu seorang penulis mampu menulis sesuatu yang terbaik. Namun, ianya bukanlah mustahil. Cuma jarang-jarang.
s
Juga tidak ada sebab untuk anda tidak membacanya.
s
"Berdiri di atas suatu kesedaran, Lebai Pa amat menginsafi bahawa menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran, tidak mampu dilaksanakan berseorangan. Seorang muslim itu merupakan binaan kepada yang lain, seumpama batu bata yang akan meneguh dan mengukuhkan antara satu sama lain" (Ms: Akhir)
s

Mama-Abdul Rahim Awang


Tajuk : Mama
Penulis : Abdul Rahim Awang
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan Pertama: 1995
Cetakan Kedua : 1996
Cetakan Ketiga : 1998
Cetakan Keempat :2000
Cetakan Kelima : 2001

"Dia meneguk madu di geluk hempedu."
"Kita perlu memikirkan tentang hidup hari ini sebelum mempunyai harapan tentang masa depan."
s
Cerita-cerita tentang orang terpencil dijadikan kisah yang menarik dan bereti. Siapa kata cerita tentang mereka ini tidak membangun jiwa? Cerita kita, kampung kita, kalau digarap dengan baik ia akan jadi baik. Ada nilai tersendiri yang tinggi. Kisah hidup Mama, dari seorang perempuan yang tidak punya apa, dia mampu menjadi 'seseorang' tanpa perlu menggadai maruah dan prinsip diri. Itulah sebenarnya jadi diri wanita melayu tulen. Kesempitan bukan sebab yang kukuh untuk dijadikan alasan kenapa kita perlu memilih jalan yang kotor dan salah. Watak mama dalam MAMA ini adalah contoh terbaik dan bagi saya, ketabahan MAMA walaupun ia hanya watak dalam sebuah novel, tetapi ia bukan watak yang direka-reka untuk memenuhi fantasi. Ketabahan begitu memang wujud dalam masyarakat melayu.
s
"Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menokhtahkan ceria."
s
Tidak ada sebab untuk anda tidak membaca buku ini!
s

Thursday, May 11, 2006

Ayahanda- Azizi Hj. Abdullah




Tajuk : AYAHANDA
Penulis : Azizi Hj. Abdullah
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd
Ms : 286
Cetakan Pertama : 1997
Cetakan Kedua : 1999
Cetakan Ketiga : 2001

(Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anak tidak dapat memahami perasaan seorang bapa)

"Dia ayah yang selalu mengerti dan aku anak yang tidak pernah memahami....."
"Ayah masih berdaya. Dia begitu hebat memerah keringat biarpun sedar kedaifan kudrat. Ayah semakin dipanjat usia namun kedegilannya menjadi punca kepada kepetahannya menabur keringat. Sesungguhnya perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun cuba diselami oleh anak-anak sendiri..."
s
Azizi melakarkan wajah ayahanda dari sudut yang sukar untuk difahami oleh seorang anak.Aku,memahami ayah ketika kanak-kanak berbeza. Memahami ayah ketika remaja juga berbeza. Memahami ayah ketika dewasa...amat jauh berbeza! Peritnya untuk memahami bila diri sendiri sukar untuk difahami. Sedangkan jasa ayahanda adalah jasa teragung antara jasa manusia yang ada di sini tika ini...Azizi,Kubayangkan bila ayahanda yang kau gambarkan adalah sedegil itu, kalau aku adalah anaknya...pasti aku tidak akan sedegil ini. Barangkali.....!!!!!
e
Sitiawan, Perak.

Mencari Locus Standi- Nisah Haron




Tajuk : Mencari Locus Standi

Penulis : Nisah Haron

Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd

Cetakan Pertama : 2004

Tak perlu diulas panjang. Memenangi tempat kedua Pertandingan Novel Remaja Hadiah Satera Kumpulan utusan 2003, sudah pasti ia bukan karya yang kosong. Terpikat dengan gaya penulisan dan juga mesej yang ingin disampaikan. Sesungguhnya, sastera bukan hanya cara seseorang meluahkan rasa tetapi ia lebih tepat cara untuk mengemukakan pemikiran. Dan, setiap manusia terbina hidupnya atas apa yang difikirkannya. Juga atas sejauh mana dia telah diajar untuk berfikir. Kerana sejarah hidup manusia adalah berbeza. Perbezaan ini walau tidak ditekankan sangat dalam Mencari Locus Standi yang lebih kepada perjuangan E-Jay, tetapi itulah mesej terpencil yang saya dapat. Walaupun perasaan penulis tidak selari dengan perasaan saya, tetapi perbezaan itu membuatkan saya mahu terus berkata, ia adalah suatu karya yang cukup baik.

Tahniah Kak Nisah! Saya bukan ingin memuji kerana pujian saya tidak semahal nilai pujian panel2 yang telah menilai karya Kak Nisah ini. Gaya bahasa yang memang memberi kesan! Itu yang pasti!